fasa 25 tahun
I have to say that at this moment, being at the age of 25 years old is the hardest phase of all.
namun bila difikirkan semula, tiada fasa sebelum menjangkau 25 tahun adalah fasa yang mudah.
5 tahun.kau struggle untuk baca ABC, hafal nombor 1 sampai 10. kecik-kecik lagi kau kena ajar berlumba-lumba baca buku dapat nombor 1. the struggle is real.
10 tahun.kau struggle dengan puberty. jerawat baru tumbuh. rasa tersisih dengan kawan-kawan sebab gemuk.
15 tahun.another year of madness, kau tengah ambil PMR. bertarung dalam kepala ambil seni as subjek tambahan atau tidak. nak musnahkan rekod terbaik sekolah atau pun capai kegembiraan untuk diri kau sendiri? its like hidup atau mati masa tu.
20 tahun. kau pening sama ada lecturer arab depan kau cakap bahasa inggeris atau bahasa tamil. kedua-duanya bukan. kau bertungkus-lumus lukis semua jenis urat kaki dan tangan untuk jadikan pembelajaran perubatan tu menyeronokkan untuk kau. thats the least you can do to survive that time. sebab kau tak mahu end up mengecewakan orang tua kau.
25 tahun. fasa menganggur menunggu kerja. kau struggle lagi dengan rasa bersalah dengan diri-sendiri. rasa useless duduk rumah. rasa useless sebab tak pandai/tak minat berniaga dan cari duit sendiri. nak study pun belum sampai seru untuk ulang-kaji. banyak sangat masa lapang pun masalah. sedangkan masa waktu sempit kau minta Allah banyak-banyak diminta keberkatan waktu, konon nak baca buku, bantu kerja dakwah dan lain-lain. dan bila ada waktu, entah kenapa semua perkara tu jauh sangat dari diri. mungkin diri ni yang cuai banyak sangat maksiat. atau memang.. entahlah.
zaman teknologi ni kadang-kadang perbualan paling lama yang kita ada dengan seseorang adalah pertengkaran. jarang kita bila nak duduk waktu aman damai tu tanya, "macam mana kerja hari ni?"
"apa benda best jadi hari ni?" "penat tak tadi?""hai sihat lama tak dengar khabar?"
waktu bertengkar tu la baru ada dalam hati kita
"oo.. aku baru tahu..."
"kau tak pernah tanya sebelum ni...?"
"eh kau yang selama ni salahkan aku.."
Comments
Post a Comment