semuanya ada nilai pada mizan
assalamualaikum wbt
dan dengan perkara-perkara baik yang dibenci syaitan dan nafsu.
hati itu dididik perlahan-lahan.
jaga pergaulan hamba.
jaga perlakuan hamba.
jaga perkataan hamba.
jaga NIAT hamba.
kerana ada yang melihat.
kerana semuanya ada nilai pada mizan hamba.
mizan dunia dan mizan akhirat hamba.
jangan pernah pesong niat, buruknya kelak terzahir tanpa sedar hamba.
kelak Allah SWT menzahirkan aib hamba tanpa sedar juga.
banyakkan bersihkan hati wahai hamba Allah.
p/s: ada amanah dan tanggungjawab pada bahu kita,sebagai hamba-Nya yang selesainya cuma tuhan tahu bila.
exam akan mula, gear tak gerak lagi. ya Allah permudahkan urusanku dan sahabat-sahabatku walau apa pun sukar dan susah yang sedang mereka lalui.
hati mana yang mungkin kenal erti kuat, erti semangat, erti gigih dan tidak kenal pada si putus asa
melainkan dengan ujian tuhannya, dan dia redha dan sabar di atas jalan menujuNya... insyaAllah ganjaran baginya, ada.
maka dengan itu, lakukanlah jihadmu atas jalannya dengan apa yang kau mampu dengan sepenuh kesungguhan anggota. |
Comments
Post a Comment