mereka dan perkara kecil yang dipandang hati


assalamualaikum wbt
what a wonderful friday. penghulu segala hari. hari ini. alhamdulillah masih diberi peluang bertemu jumaat.

kenapa dua orang manusia ini jauh sekali beza reaksi pada diri. kenapa yang dekat ini kata-katanya membuatkan diri terasa rendah, kenapa yang jauh kata-katanya terkesan dan memberi semangat.

hari ini usrah macam biasa. hati kurang aman beberapa hari. siapa sangka kedap peluk itu sangat-sangat memberi tenang. siapa sangka peringatan yang datang itu serba sedikit menanam yakin. siapa sangka kasih yang sekecil itu yang dipandang hati. ya, rasa peduli itu yang meskipun sedikit terasa besar.

tipu, mana pernah masalah itu mudah diluah, malah lebih selalu ditelan anak tekak. 
bila dikatakan 
''jangan risau ramai yang akan support...''
''ada apa-apa yang boleh bantu?''
 kenapa datang daripada mulut orang lain. kenapa bukan yang bernafas di sebelah ini?

rindu dengan kamu, yang berjalan di sebelahku setiap kali waktu rehat, ponteng riadah, baring bawah pokok lepas exam physic. 
terima kasih kepada kamu yang berjalan di sebelahku. sampai jauh sekali aku perlu terkejar-kejar untuk berjalan. 

makan berjemaah itu manis. solat jemaah itu manis. tadarus bersama-sama itu manis. puasa sunat sama-sama itu manis. buat sama-sama. ini tidak,  mengumpat sahaja yang disibukkan mencari jemaah.

kagum dengan ukhwah yang kamu ada. kagum dengan sahabat yang selalu berdiri di sebelahmu bila kita berjumpa. kagum dengan hadirnya. kagum dengan perjuangan dan sabar kamu yang luar biasa. 

''kamu sihat?''
''study macam mana?''
''harap kamu happy selalu...''
''doakan saya selalu...''
yang mana penuh dengan harapan dan sayang yang melimpah.
terima kasih, kamu.
for those tiny things which never fails to comfort.

p/s:  alhamdulillah. usrah hari ini banyak hikmah.
exam bakal datang bulan mei ini.
indeed, its nice to talk to him again.

minta maaf kalau ada salah dalam sengaja dan juga yang di luar kawal selama aku berdiri dan bernafas di sebelah kamu
hamba Allah~
 

Comments

  1. Berkerut baca tajuk post.
    Agak misteri.
    Pandang ke depan...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... pandang ke depan...

    p/s: tajuk merepek memg patut buat kak cha berkerut.. ;)

    ReplyDelete

Post a Comment