lelaki yang ikhlas




“Ikhlas itu perlu dilatih dengan banyak berbuat baik, membuat ibadah, kerana ikhlas itu hanya digunakan pada ketika itu. Kamu tidak perlu ikhlas pada ketika berbuat maksiat, tidak perlu ikhlas pada ketika berbohong dan tidak perlu ikhlas pada ketika menonton konsert Lady Gaga. Jadi, latih ikhlas kamu dengan mula berbuat baik dan beribadat, dan pada ketika kamu sudah berasa riak, cepat-cepat beristighfar. Tidak ada cara lain selain cara itu, sekiranya soal ikhlas yang jadi masalah besar kamu,”

“Tidak ada petua sebenarnya melainkan kamu belajar dan terus berlatih. Namun ini cuma gambaran kasar, iaitu kamu fahami lagi maksud ikhlas itu. Kamu cari ertinya, kamu fahaminya. Kamu pelajari mengapa hidup harus ikhlas. Kemudiannya pada ketika kamu sudah faham, pertama-tama sekali, kamu jangan mengatakan yang kamu ikhlas.”  


“Tidak usah. Kamu mahu beri sedekah, beri sahaja. Kamu mahu buat baik, kamu buat sahaja. Sekiranya mereka bertanya mengapa, katakan itu rezeki daripada Allah. Kerana pada ketika kamu berkata kamu ikhlas atau kamu mengaku kamu ikhlas, pada ketika itu sangat besar kemungkinannya, automatik kamu sudah menjadi tidak ikhlas.”

“Pada akhirnya, pastikan kamu bukan sahaja ikhlas pada permulaan, tetapi juga ikhlas pada pertengahan semasa kamu berbuat kebaikan atau ibadah dan ikhlas pada pengakhiran pada ketika kamu selesai membuatnya.”  


“Maksudnya, pada ketika mula-mula kamu berbuat kebaikan, niatkan itu semua kerana Allah bukan kerana mahu ganjaran, pada pertengahan terus niatkan kerana Allah, dan bukan kerana berasa diri hebat berbuat baik, dan pada pengakhiran teruskan niatkan kerana Allah, dan bukan mengharapkan pujian. Dan ingat, semakin kuat iman, semakin mudah untuk kita ikhlas. Jadi kuatkan iman dan insya-Allah ikhlas itu datang sendiri.”

p/s: ayat dipetik daripada cerpen click here
to the sky-owl city
 

Comments

  1. semut hitam atas batu hitam pada malam hari.

    ReplyDelete
  2. certainly. melatih ikhlas dan mdidiky dgn prkara2 baik tu is the best way of defining ikhlas...

    ReplyDelete

Post a Comment