kalau mahu;minta. kalau mahu;cari.
assalamualaikum wbt hamba Allah sekalian.
catatan diari, 21 Januari 2010. Khamis.
tempat: surau PLKN Jugra, Banting, Selangor.
Ustaz Kamil Bin Sidek.
1) Hidayah hadir- jika Allah tidak pilih kita untuk hadir ke kelas/kuliah/majlis ilmu/elsewhere kita tidak akan mampu berada di tempat itu pada waktu itu.
2) Hidayah sami'- hidayah untuk mendengar. Allah telah memberi hidayah kepadanya untuk datang namun belum tentu Allah akan memberinya hidayah untuk mendengar.
dah tentu kadang-kadang dalam majlis ilmu tu dah penuh semangat datang, tapi sampai sana belum mula pun mata dah mengantuk. tambah lagi bersembang dengan kawan sebelah masa orang tengah bercakap di depan. buka facebook dalam i-phone handphone. dan lain-lain fenomena alam yang berlaku.
3) Hidayah faham- alhamdulillah. dapat hidayah hadir, dapat juga hidayah mendengar dengan khusyuk insyaAllah. lagi alhamdulillah jika kita dikurniakan nikmat faham waktu itu. rugi dengar tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan lubang-lubang lain yang ada. kalau tak faham tanya. malu bertanya sesat jalan. sesat jalan lagi malu. dalam kelas memang selalu ''faham, cgu''... tapi bila exam terus semua orang hilang kefahaman. pelik kan? haha. semoga dikekalkan nikmat faham belajar med, benda nak guna sampai mati.
4) Hidayah amal- kita kena doa pada Allah supaya menjadi pilihannya untuk beramal dengan suruhannya.
''ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia'' Imam Ghazali.(25 wasiat imam ghazali, wasiat 8)
''ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia'' Imam Ghazali.(25 wasiat imam ghazali, wasiat 8)
insyaAllah.
*****
kita ada lima jari.
jari kelinking itu ibarat bayi.
jari manis pula adalah zaman kanak-kanak
jari hantu diibaratkan zaman remaja kita.
jari telunjuk adalah zaman dewasa yang suka menunjuk dan menuding jari ke arah orang lain.
manakala ibu jari itu hari tua kita, yang mengawal seluruh jari-jari yang lain.
surah ar-Rum ayat 54
''Allahlah yang menciptakan kamu dari keadaan yang lemah, kemudian dia menjadikan kamu setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan kamu yang kuat itu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.''
Allah telah berfirman bahawa (28:56)
''Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah menunjuki orang yang dikehendaki-Nya dan Allah mengetahui orang-orang yang menerima petunjuk"dan dalam solat kita, kita mohon padanya (1:7)"Tunjukilah kami jalan yang lurus"dan ada banyak hidayahNya (5:16)"Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhoan-Nya ke jalan keselamatan dan dengan kitab itu pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan sezin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus "sebenarnya telah ditunjukkan pada kita (90:10)" Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (Kebajikan dan Ketaqwaan)"siapa yang benar-benar dan bersungguh, Allah beri bayarannya (29:69)" Dan orang-orang yang berjihad (untuk mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan kami tunjukkan jalan Kami kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baikini bukan teka-teki semata. jawapannya sudah ada di depan mata terang lagi bersuluh.buta mata tergolong dalam senarai orang kurang upaya, tapi buta hati lagi parah rasanya.yang menulis ini hamba Allah yang banyak khilaf jua. semoga kita terus berdoa sama-sama dilindung Allah di bawah lembayung rahmat dan hidayahNya.
kalau mahu;minta. kalau mahu; cari. tapi kalau dah dapat tapi dibiar dan tak mahu terima. siapa yang rugi?
p/s: isi catatan diari hamba Allah masa kuliah maghrib 2 tahun lepas yang diselak dua tiga hari lalu.
catatan pendek itu menarik.(old notes kinda interesting though) terfikir mahu kongsi.
insyaAllah bahan bacaan yang baik itu dikongsi.
(i really need to do more readings)
Comments
Post a Comment