menatap alam


assalamualaikum wbt

beberapa hari ni cuaca mendung dan hujan dari pagi sampai petang. alhamdulillah hari ini cuaca baik di hari jumaat, penghulu segala hari. selepas barsahur tadi aku keluar ke depan rumah sekejap dan masyaAllah, setelah beberapa hari aku melihat langit itu kosong dan gelap, hari ini kulihat bintang-bintang berserakan di atas sana. cantik. cantik langit di bulan ramadhan ini.dan sesungguhnya aku rindu melihat bintang di langit.

bagi aku tiada apa yang lebih mententeramkan jiwa selain daripada menatap alam ciptaan Allah, melihat laut, langit di waktu malam, kehijaun dan warna-warni alam. subhanallah. that's why i love travelling far away from home :)

tinggal beberapa hari sahaja lagi tinggal ramadhan. namun,ramadhan masih ada. sama-samalah kita istiqamah dengan amalan kita sehingga ke hari ini. kerana aku sungguh gembira melihat sungguhnya ahli keluargaku berpuasa kali ini. hanya Allah yang tahu betapa aku gembira melihat perubahannya.




Comments