mungkin pupuk redha itu yang payah sebenarnya
assalamualaikum wbt...
maaf banyak-banyak aku tak dapat tolong apa-apa masa hamba Allah tu susah. aku habis akal nak tolong macam mana dah. tapi aku harap sangat Allah kurniakan nikmat sabar dan redha untuk sahabat aku yang satu tu. aku tahu dia bukan jenis yang putus asa... dia dah usaha sehabis baik dan Alhamdulillah result dia pun jayyid jiddan. cuma kurang satu lagi... kurang yang satu lagi tu mungkin jadi kelebihan pada perkara lain yang Allah sahaja yang tahu.
ketahuilah hamba Allah yang satu ini pun bukan mendapat apa dia kehendak. tapi Allah telah pilih jalan itu untuk hamba-Nya, jadi hamba Allah ni pun pujuk hati untuk gembirakan mama dan abah dia. dan lama-lama, jauh dari sudut hati dia tahu, inilah jalan yang sepatutnya...
p/s: mungkin sebab aku tak alami apa yang dia rasa... tak tahu apa perkataan yang sesuai... tapi mungkin sebab aku rasa perkara tu dalam situasi yang lain yang membuatkan aku tahu situasi itu memang akan buat hati rasa sangat sakit...dan sakit.
Comments
Post a Comment