buku


assalamualaikum wbt
alhamdulillah exam histology hari ni berakhir dengan baik walaupun lecture tadi berlalu dengan kurang baik. sebab sangat pantang bula ditegur pasal 'manners'.

tiba-tiba rasa rindu...
rindu masuk kedai buku.
rindu bau wangi buku baru.
rindu pegang buku non-fiction tebal2, hard cover pla tu.
rindu my dear little black dresses kat rumah.
novels...
rindu masuk library then semakkan meja library dengan buku yang banyak tapi tak semua aku baca...
rindu masuk kedai buku berjam-jam tapi tak beli pun...
rindu beli buku yang kadang-kadang kena beli sembunyi-sembunyi. nanti mama marah sebab kadang-kadang beli buku harga sampai 20 dan ke atas.

membaca artikel, novel, komik dan bla..bla..bla,, di internet tak sama dengan membaca buku di tangan.
missing those moments yang kita lipat hujung buku sampai koyak-koyak sebab buku tu kita baca beribu kali...
atau pun bila kita lupa tanda then baca balik page yang sama entah berapa kali...

belum pernah jumpa lagi setakat ni library universiti. ada
orang cakap dekat atas lecture hall kelas BI. naik atas cuma ada lecture hall ja. kecewanya.
mana ah?


p/s: till the time there're only electronic books, internet and those book killing technologies left...
~buku lecture tidak termasuk dalam topik nie.


Comments