ilmu, sahabat sepanjang jalan...



assalamualaikum wbt
Masa aku menulis ni aku baru balik dari Smart Circle. Apa tu smart circle, Smart Circle ni macam usrah, act, memang usrah pun cuma namanya diubahsuai sedikit. kenapa? janganlah tanya. Panjang ceritanya. Alhamdulillah sampai sini aku jumpa lagi 'tangan' untuk berpaut. Bak kata sufi aku memerlukan kekuatan seluruh gunung untuk datang ke mari. 'Tangan' ini insyaAllah lebih kuat jika aku genggam erat.
Setahun berdiam di rumah tanpa pengisian hati menjadikan hati terasa makin gelap dan kosong. Sehinggakan baru seminggu aku mula kuliah, aku mengadu pada ukhtiku di cairo,

"Macam mana nak buat ilmu lekat kat hati? Kenapa semua yang saya study tak masuk? Perkara yang baru belajar semalam pun boleh lupa?tensennya!!!!!!"

ukhti balas mesej aku...isi kandungannya lebih kurang macam ni...
"Berbalik pada tujuan kita, niat kita..."

ya..itu dia point yang selalu diutarakan menjadi peringatan yang aku rasa beribu kali diingatkan kepada kami yang baru sampai ni.

TAJDID NIAT

"...dan jangan lupa juga adab terhadap guru...dan adab menuntut ilmu"

dan itu juga....setahun tinggal smesh da lupa macam mana adab dengan guru dan adab menuntut ilmu....

aku juga bertanya pada ukhti di msia, dr obi...dia kata
" Syukurlah Allah tunjukkan kesalahan ko dari awal lagi, supaya nda la ko la terumbang-ambing a.k.a terkapai-kapai terlampau lama..."
ada betulnya di situ.

Tajuk SC hari ni tanggungjawab syabab yang pertama; Memahami Islam secara syumul dan sahih. Dan dari situ, poin utamanya ialah ILMU MENDAHULUI AMAL...

contohnya, kita tahu benda tu sampan, tapi kita tak belajar macam mana nak guna sampan tu, at the end entah2 kita mendayung atas darat. kan salah tu??

Mendalami Islam itu secara syumul dan sahih bermaksud mendalami Islam itu kesuluruhan sebab ia meliputi seluruh cara hidup...yup... dari sana, kak amer ku berpesan yang kita kena tahu mana satu fardhu ain dan mana satu fardhu kifayah. Dan seterusnya perkara sunat, wajib harus, makruh dan haram. Kerana dengan kesyumulan itu Islam tidak menerima sebarang pengurangan dan penambahan dalam urusan agama kerana setiap perkara telah diletakkan pada tempatnya..

Isi kandungan SC yang menarik perhatian aku jgak tadi....:

Kita menuntut ilmu mengikut keperluan masing-masing yang mana nanti tidak akan menimbulkan rasa ragu dalam ibadah, muamalat dan sebagainya...

Maksudnya yang jadi doktor tak perlu nak buka kitab macam ustaz ustazah ni pun...cumanya bila dah jadi doktor tu kita kena tahu banyak fiqh perubatan...itu yang kita kena ambil tahu...ingat bahawa beragama bukan penghalang kepada pengajian.

Lastly but not least, ayat kak amer yang paling last...
sekolah2 memburukkan anak-anak kerana mereka lebih tahu Napoleon berbanding Rasulullah...mereka tidak mengenali para sahabat Rasulullah SAW....keperibadian baginda dan sebagainya....
kenyataan ni ada betulnya sebab sistem sekular yang diperkenalkan....humm....
mari kita renungkan bersama ya...

akhir sekali, kautlah apa yang baik...jika ada sebarang khilaf mohon maaf....kerana aku juga hamba Alllah....

Comments