sebulan di Kaherah
assalamualaikum wbt...
sebelum ana bercerita tentang sebulan di kaherah...ana nak bagi tahu ana baru sahaja lepas membaca satu artikel ILI yang sudah lama tidak diziarah...
silalah baca ya....linknya ana letak kat bawah sekali... ana berminat dengan artikel tu...
setelah sebulan di kaherah? ana belum lagi masuk kuliah zagazig. Dan buat pengetahuan sahabat semua... ana dah masuk kuliah sebenarnya tapi kuliah tahun dua di Ain Shams University. Dan dua hari selepas itu dengan beraninya kami pergi pla kuliah tahun satu Ain Shams. Sangat berani. :) tapi Alhamdulillah. Ada juga ilmu yang dapat dikaut dengan kuliah 2 jam. Anatomy dan Physiology. Waa... da[pat universiti kat Zagazig tapi dah ada pengalaman kuliah kat Ain Shams...best kan? jangan jeles yer....
insyaAllah sewaktu ana menulis ini jam menunjukkan 11.06 pagi pada jam mesir. Petang ini InsyaAllah kami bertolak pindah ke zagazig. Segan rasanya berduduk berlama-lamaan di rumah orang walaupun sebenarnya imarah ini digelar kampung halaman di mesir.
Semalam YDP aka Imam dah bawa kami semua beli tilam, bantal, dan yang sewaktu dengannya.... termasuklah periuk nasi dan water heater untuk rumah sewa kitaorang yang ada tiga bilik dan satu tandas. dan sewanya berharga 800 LE. nanti kaka bagi tengok gambar rumah untuk mama k?
sekali lagi doakanlah anak ummi ni kental dan tabah ambil pengajian perubatan ni...insyaAllah.
p/s: ana tak tahu jika hamba Alllah tu pernah atau tidak baca blog ana ni tapi kalau anta tengah baca, ana ucapkan selamat berjihad dengan test anda...jihad fisabilillah...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
wassalam....
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/934-manual-bercinta-bercinta-tidak-perlu-diungkap.html
Comments
Post a Comment