i am a muslim Doctor. not doctor that is Muslim.
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbt
salam dari ardhil kinanah, bumi sumpahan kaherah, Mesir.
sudah seminggu aku di sini.
ada seminggu lagi untuk mula semester.
kak Gu ngan Kak Sa' dah balik rumah sewa dorang hari ni..huhu terpaksalah masak sendiri lepas ni..huaa...
hari ni budak pengajian ada imtihan qabul(exam kemasukan ke al-azhar)
doakan semua jawab soalan dengan mumtaz insyaAllah...
kami di ajar sepanjang orientasi, di bumi mesir inilah tempat belajar menyemai syukur dalam hati. Maka segala kekurangan dan kelebihan hendaklah diterima dengan redha. Di sinilah tempat menanam zuhud dalam diri. Alhamdulillah aku pun kena pujuk diri jangan sikit-sikit minta itu minta ini. jadi setakat ni aku pakai apa yang ada walapupun aku tahu banyak yang kurang..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dan alhamdulillah juga bagi yang mengambil kesempatan dan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu Allah, dunia dan akhirat mereka sangat beruntung. Terutama bagi Nisa'. Belajar pakai jubah, stokin kaki, stokin tangan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. InsyaAllah lama-kelamaan aurat ditutup sempurna. Amin.
Walaupun pelajar perubatan ramai perempuan, tapi yang lelaki masih mengisi kuota.
Teringat kata-kata Ustaz Sabli, kita hendak lahirkan doktor yang jaguh dalam hospital dan jaguh di rumah Allah juga, yakni mampu memberi khutbah Jumaat di masjid dan selainnya. Aku tidak terfikir sejauh itu. Keadaan dan fenomena ni terbukti bila aku lihat srndiri senior tahun tiga perubatan yang buat slot masa program.
Sekali lagi bersyukurlah nama kita dipilih antara beribu hamba Allah ditapis melepasi beberapa lapisan, akhirnya telah sampai ke bumi Anbia. Mungkin aku tak akan jumpa seorang lagi sahabat yang sama seperti Along(i admit it that you're the best along)...tapi aku harap aku akan jumpa lagi ramai sahabat akhirat di sini... insyaAllah.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
ingatlah sekecil-kecil nikmat udara yang Allah berikan...bak kata raihan...
ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah...
syukur itu banyak caranya..
taat beribadah tekun berusaha..
saling membantu berkasih sayang..
murah senyuman..
hulur sedekah...
marilah kita beramal bersama..rasa bersyukur kita suburkan...
insyaAllah....
slmt mgejar cita2 anda.. =)
ReplyDelete