renung sejenak......siapakah kita di atas muka bumi ni?





assalamualaikum wbt ...
pagi-pagi lepas breakfast dan 'kemaskan' diri terus ambil laptop dan on9 untuk post something yang bermanfaat ...
hurm..lama dah berblogjog di pagi hari dan belum terjumpa artikel yang menarik

tapi ana jumpa ini....sewaktu melihat iluvislam di facebook...

“ Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang hambaNya, Dia lalu memanggil Jibril dan berkata “ Sesungguhnya aku mencintai si Fulan, maka cintailah dia, maka Jibril pun mencintai Fulan tersebut , kemudian dia berseru dikalangan penduduk la...ngit : “Sesungguhnya Allah telah mencintai si Fulan, maka cintailah ia”, semua penduduk langit pun mencintai si fulan, selanjutnya semua penduduk bumi pun dijadikan mencintai si fulan tersebut.

Jika Allah membenci seorang hambaNya, Dia pun memanggil Jibril dan berkata “ Aku membenci si fulan, maka bencilah dia”, maka Jibril pun membenci si Fulan tersebut, kemudian dia berseru di kalangan penduduk langit “ Sesungguhnya Allah telah membenci si Fulan , maka bencilah ia” semua penduduk langit pun membenci si Fulan, selanjutnya semua penduduk bumi pun dijadikan membenci si Fulan” [H.R.Muslim]


teringat pada diri-seindiri jikalau ana dibenci Allah nescaya seluruh bumi membenciku juga. Subhanallah...astaghfirullahalazim....

'dia' kata, memang melakukan perkara yang baik memerlukan persekitaran yang baik. TAPI, jika kita melakukan ibadah berdasarkan kecintaan, pemahaman, dan keikhlasan maka kita akan dapat melakukan amanah Allah dengan baik meskipun dicampak ke gunung everest. :)

sebesar dugaan menyampaikan dakwah di seklolah apalah sangat kiranya dengan perjuangan Rasulullah SAW... namun, kita masih jua mengeluh kononnya gagal menyampaikan. sedangkan sepatutynya kita teruskan dengan tawakal atau pun mungkin mencari pendekatan lain. bukan hasilnya akan dilihat kemudian hari tetapi kamu akan ditanya adakah kamu telah menjalankan usaha dakwahmu. tersentuh dengan kata-kata imam muda Asyraf juara Program Imam Muda di astro Aosis semalam... ana cuma tertangkap perkataan gunung-ganang menangis dan sesungguhnya manusia menzalimi diri mereka sendiri... dengan usaha mengGOOGLE ungkapan itu, rupanya ungkapan itu adalah ayat Al-quran...subhanallah.. belum puas diterokai kitab itu.


"sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada, langit bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya(berat) lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh,"surah al-Ahzab(33:72)

pada masa ana menjumpai ayat tersebut, ternyata ayat tersebut belum ditandakan. satu lagi pelekat biru ana ambil dan ditandakan pada ayat itu sebagai peringatan.

keangkuhan manusia yang ingin memikul amanah dunia di tangannya telah tertulis dalam al-Quran... tiada apa yang patut dibanggakan dengan jawatan. tapi seharusnya amanah dipikul dengan telus dan jujur.


bertepatan dengan apa yang ingin ditulis D:I:A hari ini...mari renungi persoalan dibawah....
.


1. SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?

” Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi.” ( QS. Al-Baqarah 30 )

2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH?


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(QS : An-Noor-55)

3. KENAPA AKU DICIPTAKAN?


”Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (QS : Adz-Dzaariyat 56)

” Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia” (QS: Al-Mukminun 115-116)

4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU?

“Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam” (QS: Al-An’am)

5. APAKAH ITU KEBENARAN?


“Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar(al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”
(QS; Luqman 30)

6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN…KENAPA AKU TIDAK NAMPAK KEBENARAN?


Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) hijab (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan hijab (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).(QS; Yaasin 9 )

7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BERJAYA…..TAPI…SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA?

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, yaitu mereka yang khusyuk dalam shalatnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (QS : Al-mukminun 102 ) Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan
(QS : Al-Ahzab 71)


8. OK..KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT?

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (QS :Al-Baqarah)

9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2 ALLAH?

—(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima dan diamalkan sebagai seorang muslim.)
“Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(QS : al-Mukminun 2)

10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT2 ALLAH TIDAK MEMENUHI KEMAUANKU.


“Dan kamu tidak dapat menentukan kemauan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah” (QS :At-Taqwir 29)

” Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS :Al-Baqarah 216)

11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN TENANG.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.(QS :Ar-Rad 28)

” Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (yg Menyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya” (az-Zukhruff:36)

12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT.

Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya.
(QS ; Al- Mukminun 71)

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (QS: At-taubah 42)

13. AKU MEMPUNYAI MISI BAHWA UTK MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK ‘HAPPY’ DAN MENYUSAHKAN.


“Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orng yang takut(pada Allah)
(QS : Thahaa 2-3)

“Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman”(QS :Al-Isra’ 82)

14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH?

.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”
(QS : Ali-Imran 139)




sekadar ingatan bersama buat insan yang membaca, HAMBA ALLAH juga insan biasa....wasalam,

Comments