program kenegaraan!best!

assalamualaikum wbt.
wahai blogku yang tersayang...hihi.... aku lah pembaca setiamu....mana ada orang len lagi....
aku baru balik daripada kem bina negara kundasang untuk program kenegaraan mahasiswa timur tengah..

kami semua ada 66 orang termasuk penghulu.
Peserta program tu ada yang mau pergi jordan, mesir dan 2 orang ke uk (perempuan -dari kolej Twintech....huhu

kat sebelah ni gambar group LDK aku....(latihan dalam kump)
dari kanan of course thats Hafizudin(bean), Salman, Fadzil, Ahmadi, Zhulfikar, Zaid, Hanif...
wanita-wanita di bawah...hehehe
AKu, Kak Farahain, Kak Sue, Yati(Rusydiyah), Kak Erna, Kak Sakinah(Ahmadi's SIS)...




program 5 hari yang full with amazing input! aku pergi dengan transport bantuan sahabt seskulah...Tqa..balik pun sama...rupanya kami antara yang terakhir sampai....termasuklah bean ngan burin...hihi...daftar sama2 lagi..

straight lepas daftar kami ad 10 minit ja mo seterika baju putih pastu terus pergi taklimat...masa tue belum solat asar lagi...
kami dua solat asar masa mau dekat2 maghrib...

HARI 1 (isnin)
Program ceramah jak....pasal tanah air...oleh Pn.Izyani..kalau nda silap la...

hari 2 (selasa)
ceramah pasal kerajaan yang semnua orang pergi 'memancing' ikan di sungai hahaha....aku pun la juga... lepas minum pagi 10.30 ceramah cikgu Sani(x-guru disiplin maktab sabah) dya bagi cerita kami pasal RAKYAT...tanpa guna slide...ceramah dya faveret semua orang. especially isu cari perempuan bugis buat jadi isteri dan isu poligami!!jangan marah bha lau laki pasang dua...hahahaha
tapi seriously,dya memang lucu....

ceramah last dari..err aku lupa nama dia..tapi dia Pengarah BTN kundasang... ilmu dia alam dia sebanyak ilmu agama dia juga...memang banyak la yang penting...mengkagumkan.
dia yang open isu Dato Nizar di Melaka yang aku nda pernah dengar sebelum ni. Dan sepanjang ceramah kami kena bagi tengok beberapa statistik2 contoh macam kadar kemiskinan, bilangan penagih dadah ikut negeri etc.

malam udah start LDK 1...agih-agih kumpulan....aku dapt kumpulan 5. fc dya Tuan razmalizam(betulka aku eja ni?)

hari 3 (rabu)

Ldk dalam kelas memang best! itu sebab fc and groupmate aku memang best2!
fc aku tu macam2 dya bagitau kami...aku paling teruja macam mana ASASI boleh wujud...
lagi satu...group member yang layak dipanggil abang hanif ni pula memng otak genius. khabarnya...abang dya pun feymes masa di tohpuan...termasuklah si zhulfikar yang ada jak soalan dya mau tanya...bagusla sebab aku rasa rimas kalau bilik tu diam...


hari 4 (khamis)


  • agama
  • bangsa
  • diri dan keluarga
  • negara
susun 4 elemen di atas dengan duit syiling 20sen, 10sen, 5sen, dan 1sen....
huh...payahnya mau fikir apa yang sesuai dengan nilai 1 sen.
tapi yang pasti keputusan majoriti goes to agama for 20cents...
aku?

  1. agama
  2. diri dan keluarga
  3. bangsa
  4. negara
then, next question is...ada 4 keping kad...kad-kad tu tertulis pendidikan, politk, ekonomi,dan sosial...ni isu paling hangat dibicarakan sampai budak laki tidur jam 12. simboliknya mula apabila tinggal satu kad terakhir di tangan yang diselamatkan daripada dibuang.

group aku keluar 10.15 malam...apa lae...mau tidur la ni kunun...tapi bercerita ngan jiha( nda silap) trus tidur lambat juga...

JUMAAT

balik...........penutup......

Comments

Post a Comment