MOre List of needs 4 mesir musafirians.../list barang ke mesir/


glitter-graphics.com


assalamualaikum wbt

ni ada lagi list barang2 yang lebih detail ana rasa ...so lets take a look...

and all my mesirians gang there are 2 months and 1 week left...hee.... its getting here...

p/s: given by syan, from fb

*note ini di copy dari aminatulmunawwarah .
hope berguna utk korang :)

nih list brg dr snior ak....
MAKANAN
1.serbuk santan- jgn bawak yg santan liquid,nanti beg berat.
2.serbuk kari daging, ayam, ikan, rempah kurma, sup bunjut etc
3.serbuk kunyit
4.cili kering/serbukcili- ade je cili kering kat sane (filfil ehmer)but sgt pedas.huuu
5.asam jawa,asam keping
6.ikan bilis, udang kering, ikan masin-semua ni takde kat sana.optional lah.tp kak rasa ikan bilis n udg kering agak penting .
7.kiub ikan bilis- (kiub ayam TAK PERLU; ada banyak kat sana)
8.kiub /pes tomyam

9.bihun – memg takde kat sana. Biasa breakfast, kitrg rebus mee spaghetti tu je, n then buat mee goreng.hehe.kalau nak kasi cantik sikit, waktu rebus mee, letak kunyit sikit, so, akan jd mcm mee kat msia lah.

10.serai yg dikeringkan,daun kunyit,daun kari,daun kesum ,daun limau purut etc etc
11.halia, lengkuas, kunyit
12. rempah ratus (bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih dan adik-beradiknya)

13.belacan

14.KICAP -siapa yg tak boleh mkn nasi without kicap tu, memg kene survive lah. Mesir takde soy sauce. Kalau oyster sauce utk masak tu ada lah.
13. sos cili- akak prefer antunna bawak yg refill pack tu lah, takde la berat sgt bwk botol kaca tu.sos cili mesir rasa sos tomato.depa tak mkn pedas.

15.perencah nasi goreng,mee goreng, sup sayur – crucial utk awal2 ni, sbb tak terer masak sgt kan (akak dulu camtula..hehe). dan juga crucial waktu time exam. Kasi campak je semua dlm kuali.haha.
16.keropok2/pepedom
Beras memang antara makanan ruji org arab-memg available sentiasa lah. Cuma rupanya lain sedikit; kecik2.
Barang mentah- biasanya makan ayam, daging dan ikan lah.ikan byk je variety yg ada;keli, sardine,etc. sotong harganya ok lah, tapi udang memang agak mahal.ketam pun ada…so, no worries!oh ye, kerang pun kat certain tempat ade.lala(remis) pun ade.haha( sori laa, akak memng kuat mkn sikit)
(akak rasa kak dah cerita lebih2 laaa, nanti korg tak surprise plak bile smpi sana..hehe)

MINUMAN
1.ovaltine (milo boikot kan?)- kat sana ada je hot chocolate drink, but tak sesedap msia lah
2.milk product- berlambak2.hehe.jgn risau ye.susu tepung ada, fresh milk dlm kotak ada,susu kambing yg betul2 pure smpi kena masak dulu atas api pun ada.
*susu sejat ada, tp mahal sikit. Susu pekat memg takde.huuuu
3.kordial – kat sana byk jus(oren,mangga,epal etc). YG TAKDE-> sirap, sarsi,ribena
4.caffeine-boleh didapati dgn byk dan pelbagai jenis.

ELECTRICAL APPLIANCE
brg elektrik kat sana tak sekebal Msia, so,cdgn akak adlh:
pakat dgn housemates,bahagi2kan electrical appliance
1)periuk nasi (tak yah besar2 sgt pun takpe)
2)water boiler
3)blender
4)iron
5)extension- yg ni optional .but extension sana memg cepat rosak laaa.huuuu.
Kat mesir guna plug dua pin. Bawaklah beberapa adapter dari msia. Sbb nanti awal2 ni, takut kelam kabut kan.

PAKAIAN
Basically, kitrg kat cairo, hari2 ramai yg pki baju kurung g kuliah.ok je lah, org ARAB tak pandang pelik pun.
But kat sana byk jual blaus yg best n skirt yg best.hehe.
Pakain dalam,nasihat akak, bawak lah semuanya dari Malaysia. (akak pun tak penah shopping underwear kat mesir).
Kain dalam, tak yah bawak byk pun takpe. Akak suggest antunna bawak seluar dalam yg panjang tu. Mesir kan berangin, nanti kain byk terbang2.
Kasut->kita kat sana memg byk jalan, so,akak suggest, bawaklah kasut yg berkualiti awal2 dari msia. Kasut kat mesir ni, tapaknya keras sikit, tak seselesa msia. But branded shoes ade je kat sana(but then, branded shoes kat msia memg lagi murah). Dan kasut, bawaklah color yg gelap. Mesir Negara berdebu, bwk kaler putih kang, gerenti kena basuh every week.
Tudung- >org arab kebanyakannya pakai selendang. So, agak susah lah kan. antunna bawaklah tudung secukupnya dari Malaysia. Tapi kat certain tempat, ade je jual kain tudung; kita beli ikut meter, potong sendiri n jahit tepi sendiri =)
Oh ye, serkup yg fesyen msia punya takde jual kat sana. Oh, brooch juga tidak semenarik msia.hehe.
Pakaian winter- winter coat antunna boleh beli kat sana. Tights utk halang angin waktu winter pun boleh beli kat sana je =)

TOILETTRIES
Jenama international semua ada dijual- shower foam,syampu, ubat gigi, pencuci muka,deodorant(spray, tak spray), lipbalm, lotion,cologne semua ada. (sbb jr sekolah akak sebelum ni pernah risau sgt smpi nak bawak semua benda ni utk bekalan setahun punya). Antunna bawak dlm kuantiti utk sebulan dua ok lah.
Jenama yg ada-lux ,sunsilk , dove, nivea, rejoice, pantene, colgate, Johnson, clean n clear; semua ade laa.jgn risau. But kbyknnya yg patut kita boikot kan.. tapi takpe, sebab kat mesir banyak je jenama alternative, yg tak boycott; yet kulit still halus, n rambut still tak rosak, n gigi still kuat.hehe.

STATIONARIES
Farber castell (tak tau la eja betul ke tak), yg made in msia, boleh didapati di mesir (pen)
PILOT ada. STAEDTLER pun ade. Ok je kan.iA boleh je survive kan even tak de stationaries yg best pun.
Antunna bawak lah colour LUNA tu. Subject first year ada kena kaler2 (subjek histology). Colour luna tu kan cantekk.heheh.
Hmmm, apa lagi ya???


PERHUBUNGAN
Hmm, ada yg Tanya tntg celcom upax tu kan.kak tak guna kat sane.so,kene tanye org lain yg guna upax tu.hehe.berikut adalah maklumat yg Berjaya diperoleh:-
1-letak sim card dlm phone
2-search line
3-amik etisalat
*tak perlu nak setting apa2 dari msia.
kalau nk buat call..- *120*601234567#. then waiting jap...so nnti ade call akan masuk..angkat call tu, waiting jap b4 disambungkan ke no yg kita call. rate 1min= 0.15sen. sms mesir-msia-> 30sen /1sms. Sms from malaysia ke celcom di mesir ->1sen je same rate (celcom-celcom) .line iA sgt clear.
slalunye, kan mcm klu kita slalu sms dgn org2 tertentu, ade gak care nk save.tp, ni dh mcm libatkan internet..1-make sure org y nk ber-sms tu onkan ym dia "i'm on sms" 2-then kita send message through e-buddy ke,ym tiny ke, mcm biase ( on9 hp) 3- org tu akan reply ke no.celcom kita la.. 4-done~
biasanya, memg mak ayah lah yg akan topupkan dari msia. But kak prefer guna ym or skype, free dan boleh tgk muka mak ayah sekali kan =)
Biasanya call org Malaysia guna internet lah. Akan ada org yg jadi agen jual credit utk internet call. So, jgn risau. Or kalau nak free n rumah antunna kat msia ade tenet, ym atau skype pun dah sgt ok.

Internet di mesir – ada banyak option.
(1) byk je cybercafé
(2)internet thru hp sgt murah-1 le [rm 0.62] utk tempoh 24 jam
(3)kalau nak setup internet kat rumah, boleh tarik wayar dari cc
(4)tapi yg paling ok adalah wifi sbnrnya.hehe. rumah kak guna wifi.kitrg beli modem n router kat sana lah. Tp kalau antunna nak bawak dari msia pun boleh. Sama je. Wifi unlimited 54 Mbps sebulan dlm 145 le[rm 90].share satu rumah, atau beberapa rumah pun boleh.itu di cairo lah.tak pasti di tempat lain.nanti sampai sana boleh mintak tolong seniors antunna.jgn risau ye
(5)broadband- rmi dah student msia yg guna.usb modem tu semuanya memg kat sana lah.sebab direct dgn telecommunication company tu kan.hmmm,kak pun tak meshi sgt. tapi menurut sumber yg dipercayai, bayaran setahun dlm 1800 le, unlimited. (1800 le tu lebih kurang 327usd lebih kurang rm1138).dan 1800 tu kene renew setiap tahun lah.tak berbaloi sgt kak rasa. Sbb pembelajaran di uni takde lah guna laptop sgt, so guna internet kat rumah je pun dah cukup. Tak perlu guna portable internet kan.

UTMOST IMPORTANT THING
AL-QURAN AL-KARIM-> manual hidup kita kan ni..mana boleh tak bawak.kalau tak bawak, habis laaa. Cube bayang kita nak guna iphone, tapi takde manual…ape akan jadi??sia2 je hp mahal2 tu kan. KITA as MUSLIM pun patut tahu dan KENA belajar lah guna manual yg ALLAH dah kasi tu.
Kak cadangkan antunna bawak al-quran yg kecil. Senang nak bawak ke mana2 . takde laa nanti tak bawak quran g kelas sbb takut beg berat.
PALING PENTING, bawak quran yg BERSERTA TERJEMAHANnya ya. Cube antunna bayang kalau kite sesat jalan kat Germany, dan takde kamus german-melayu kat tgn. Hrmmm,mesti kita akan takkan jumpa jalan keluar kan? mcm tu jugak lah alquran.baaaaanyak lagi benda yg kita kena explore dari kata2 ALLAH tu.
Dan iA bila graduate nanti, for sure kita nak diri kita tersiap-sedia dgn sesuatu yg bukan setakat medicine sahaja. Antunna nak Belajar kat mesir ni, org lain tentu ada high expectation pd antunna kan? diri antunna sendiri, mesti ada personal achievement yg nak dicapai bukan??
Maka, nasihat akak,
1.Set niat, set matlamat betul2.
2.Persiapkan diri, mentally, physically.
3.Kita nak jadi MUSLIM yg DOKTOR, bukan doctor yg muslim.
Kalau niat dah betul, iA jalan tu juga akan jadi jelas…
Akhir kata,
Bumi Mesir itu bumi anbia’, bumi tempat lahirnya para nabi,bumi tempat berjuangnya Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Yusof.
Tapi Bumi Mesir tu juga bumi firaun yg angkuh, bumi tenggelamnya harta si Qarun yg bongkak tu..
Terpulang pada kita ni,mcm mana nak bentuk diri kita….
Moga kita semua sentiasa dalam naungan ALLAH.
Salam sayang,
Kak Aimi Jamaludin (i_amaimi@yahoo.com)
Kasr el-Ainy School of Medicine , Cairo University .

*Kak rasa dah lengkap dah list ni. Kalau ada apa2 yg musykil, boleh Tanya kat YG lagi ok.
*Antunna share lah list ni dgn kawan2 yg lain.iA akan mudahkan urusan mereka juga kan.


**syukran jazilan ya muna :)

Comments