3 hari sebelum HISTOLOGY



dunia tengah hancur dimusnahkan dengan perang
penghuninya tengah bertebaran berlarian mencari tempat mana yang selamat lagi di dunia
mencari tempat yang tidak dihujani dengan bom dan peluru
mencari tempat mana yang selamat untuk dia membesarkan anak kecilnya yang baru buka mata melihat dunia

sampai satu saat nanti aku rasa aman bukan lagi tujuan
aman bukan lagi cita-cita
tetapi merebut semula maruah yang dicalar adalah yang utama
membela saudara seaqidah yang diseksa di serata dunia

sampai satu saat nanti kita akan tinggalkan buku untuk turn dalam medan itu


******
ada dua kertas lagi
tak  sabar mahu pulang
selalu sangat mengadu dengan mama 
mahu pulang rumah
sampaikan mama terfikir mahu transfer study di UMS
nada mama serius
betul kata jia, tak boleh exaggerative sangat bagitahu kita 'homesick' pada kaum ibu ni
level risau kaum ibu ni akan meningkat 120%
sayang mama...

II
musim exam ni
banyak sangat cerita tentang pergolakan dunia
antara kita sedar atau tidak, mahu peduli atau tidak,
atau cuma buat tak tahu
rakyat islam di myanmar
zionis berterusan membunuh di palestin
syria dan bashar assad
mesir dan proses pilihanraya,keputusan SPR sepatutnya keluar hari ni.
tapi, sungguhlah banyaknya dugaan itu untuk mencapai menang
pengumuman ditangguh lagi

III
currently reading another half of contengan jalanan
kalau separuh cerita tentang si fend dengan istilah berus, oil paint, plaster of paris, dan sewaktu dengannya mudah dihadam otak
separuh cerita si k-square dengan istilah muzik, fender, bryan adams dan sewaktu dengannya memerlukan otak untuk google semua jenis istilah baru
beauty.
full of wisdom and inspiration.

1st rule of human business, never assume. Ask.
i really like this one. seriously.

 

p/s: 3 hari lagi sebelum paper histo. belum habis telaah buku lagi. argh.



 

Comments

  1. sampai satu saat nanti kita akan tinggalkan buku untuk turn dalam medan itu

    Kita baca buku sebeluj turun ke medan itu. Turun sebagai orang berilmu. InsyaAllah...
    Fighting Yan! Sikit lagi jgn lemah! :)

    ReplyDelete
  2. fighting kak cha!!!!! trying my very best!!! :DDD

    ReplyDelete

Post a Comment