tanggungjawab yang datang bersamanya










tanggungjawab yang datang bersama sesuatu yang bernama HIJAB.
bersamanya bukan cuma menutup kepala.
bersamanya bukan semata menutup helaian rambut.
bersamanya bukan menutup anak kepala sahaja

bersamanya ada sesuatu yang besar yang tidak ramai sedar tanpa niat kepadanya yang sahih
bersamanya datang maruah agamaku bersama
bersamanya ada penutup aib dan rahsia
bersamanya ada akhlak perlu dijaga
bersamanya ada cermin orang yang berilmu
bersamanya dan si pemakai tahu apa dan kenapa perlunya
bersamanya bukan untuk digahkan kepada yang bukan hak
bersamanya menunjukkan cara, menzahirkan dia faham atau tidak


p/s:
kadang-kadang dalam berpakaian pun lupa tajdid niat. 
rugi tak dapat pahala ibadah. 















 

Comments