ada apa dengan NAMA?


Lecturer : whats your name?
me: azean.
Lecturer: whats the meaning of azean? 
me: err.
lecturer:no meaning?
me: err.
lecturer: is it a malaysian name?
me: ya. yes. its a malay name.

setiap kali kuliah, sebelum lecturer tu nak tanya soalan dia mesti tanya nama terlebih dahulu. dan setiap kali dia tanya, dia mesti tanya apa maksud nama kita tu? dan aku apabila ditanya akan terdiam. Berbeza keadaan dengan sahabat sahabiah lain yang nama mereka contohnya:
 
Perempuan: eg. nur, fatin, ain, nadirah, syakirah, syakila,nadirah etc.

Lelaki: eg. khalid, yazid, arif, amir, khairul, etc.

nama melayu tipikal kan? tetapi nama-nama ini berasal daripada bahasa arab. dalam masa yang sama nama yang disenarai itu adalah nama arab tipikal yang biasa kedengaran oleh orang arab.mereka akan respon macam ni pula...

lecturer: whats your name? 
student: fatin.
lecture: beautiful name. gamilah giddan. we also have that name..bla..bla...

lecturer: whats your name?
student: yazid
lecturer: owh... nice name? you know him? the ruler? the history of ali?
student: *smile + (tersengih-sengih)


dan lagi lucu tipikal nama melayu bagi lelaki selalunya didahului dengan nama Muhammad, lecturer tu akan cakap ''All of you is Muhammad???'' YESS!!!''
dan sebenarnya muhammad itu biasanya adalah nama panggilan di mesir ni untuk lelaki.


nak dijadikan cerita, suruhan memberikan nama yang baik untuk anak-anak penting dalam Islam. kerana setiap yang keluar dari mulut hamba Allah itu adalah doa. jadi setiap kali nama kita disebut ia adalah satu doa untuk kita insyaAllah. maka nama yang baik, insyaAllah akan didoakan perkara yang baik untuk tuan punya nama. dan oleh sebab itu jugalah kita dilarang untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan perkataan yang kurang enak didengar.

pernah dulu sewaktu zaman gila baca novel cinta melayu, wujud fenomena nak bagi anak nama ala-ala novel yang pelik-pelik, payah dieja, panjang-3-perkataan, nampak grand la kesimpulannya. cambest ja nama.
rasanya fenomena tu ada lagi kot kat budak-budak sekarang? (atau mereka dah tak baca novel lagi masa lepak2?)
NO! CAUSE WE HAVE FACEBOOK_TWITTER_MYSPACE_SKYPE_TUMBLR_FORMSPRING_bla2 *hmm...

kesimpulannya, sejauh mana aku sensitif dengan isu nama ni? sangat sensitif la bila lecturer tu tanya dan tak tahu nak jawab apa. and actually instead of pronouncing azean, (with the letter alif in arabic) i have to pronounce it with 'izyan (with the letter 'ain) .
tapi nama azean diyana yang mama dan abah bagi memang sudah cukup cantik. insyaAllah nama itu tidak mengandungi apa-apa yang buruk dalam pengetahuan tuan punya nama setakat ni.
inilah hasil pencarian dalam google makna azean. or maybe it is NOT an arab words? and it is true typical malay name?




sebelum meneruskan pembacaan histo untuk kelas esok, for conclusion, ambil beratlah urusan memberi nama anak. pilihlah nama-nama yang mengandungi makna yang baik (plus mudah diingat, pendek, senang disebut... kan?) dan nama-nama insan terkenal seperti Aishah, Fatimah Az-Zahra, Umar Al-khattab, Al-Fateh juga elok untuk dijadikan nama. *sedap dengar orang yang bernama aisyah humaira.
wallahualam. sebarang NAMA yang tertera di atas tiada kena mengena dengan yang masih bernafas atau meninggal dunia. hamba Allah~

p/s: definitely every parents would like to give their children wonderful names, agree?


what's the meaning of  YOUR  name?



 

Comments

  1. Ada apa pada nama? Bunga melur, kalau dipanggil dengan nama yang lain, baunya tetap sama!

    Mana mungkin Allah sendiri punya Asma'ul Husna, andai nama tidak dititikberatkan kepentingannya?
    <3

    ReplyDelete
  2. Ada apa pada nama? Nama saya mawar. Nama saya tahi ayam.. Wahh.. mawar sedap nama.. Utk tahi ayam plak, (tersenyum- senyum/ tergelak- gelak, kdg2 scr x sngaja..) Utk org yg faham maksud nama2 org skllg dia, scr x lgsung dia akan hayati masa pnggil nama org tu, itulah doa tnpa kita sedari..

    ReplyDelete
  3. syukran both kak cha and anon.. terkesima bila kak cha kata 'sedangkan Allah pun ada asmaul husna'...

    ...besary tggjawab nma itu sendiri... :D

    ReplyDelete

Post a Comment