.::hati::.


assalamualaikum Pictures, Images and Photos

salam buat semua....

malasnya nak berblog sebab nak kurangkan diri daripada online....

ana masih di rumah lagi bercuti dengan adik2...

12 wira negara baru pulang ke tanah air selepas entah berapa hari bergelut di atas lautan, berhadapan dengan tentera rejim israel malah ditahan...alhamdulillah...mereka selamat pulang...

do i care? YES i am... tapi perbuatan tak seiring apa yang dikata di mulut...
maksudnya biarlah ana sahaja yang tahu...tapi still ana tahu ana kisah sebab hati teringin melihat perkembangan mereka dalam berita tiap2 hari...



sesunggahnya ana mengaku betapa payahnya berjuang berseorangan...penat apabila hati tidak disaji dengan makanan hati yang betul...sehingga hari2 terasa sengal...

ana cuba buat sesuatu dengan keadaan ana sekarang. ana call senior ana. alhamdulliah ana dapat join program... arghhh....lega rasanya....moga segala urusan dipermudahkan Allah hari sabtu ni...

bak kata penulis kegemaran ana, jangan sampai Allah tidak mahu lagi mengetuk hati kita buat kali kedua....dan seperti kisah insan yang bernama ibnu ghazali...ana pun mahu lembaran-lembaran hidup ana memutih...

pernah ana menyesal kerana tidak dilahirkan dalam keluarga yang memetingkan agama seperti sahabat-sahabat lain...tapi ana berfikir semula, ana patutnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk belajar semasa di sekolah...

namun situasi menjadi payah apabila memulakan aplikasi di rumah...
terasa beratnya istiqamah...
solat bocor sana-sini...itulah sebab aku tolak permintaan sahabat untuk menjadi imam baru-baru ini masa kami tengok wayang...sedih dengan diri sendiri....

tapi ana tahu, ana kena kuat...umur baru brapa...jalan pun belum sampai separuh..
dan dalam surat cinta untuk jiwa ada cakap...

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

Ya Allah..hambaMu mohon kekuatan hati....

Comments