rahsia tiga pertanyaan.......

Pada masa permulaan Islam, ketika orang berduyun-duyun memeluk Islam, orang-orang kafir Quraisy semakin tidak suka kepada Nabi Muhammad SAW dan pada pada perkembangan islam yang pesat.


Ketika itu di kota Yathrib, iaitu kota yang stelah nabi berhijrah ke sana dinamakan Madinah, tinggallah sekelompok orang Yahudi yang jumla pendethnya sangat ramai termasuk Ahlul Kitab kerana mereka memiliki Kitab Taurat. Akan tetapi, KITAB Taurat yang ada di tangan mereka telah mengalami beberapa perubahan. Jadi, ianya tidak sempurna seperti waktu diturunkan kepada Nabi Musa AS.


Kaum kafir Quraisy mengirim utusan supaya menemui para pendeta Yahudi di Yathrib. Utusan itu menceritakan tentang munculnya Muhammad sebagai nabi dan utusan Allah SWT. Utusan itu juga menceritakan bahawa Muhammad SAW mengaku menerima wahyu dari Allah SWT.
Utusan kafir Quraisy itu berkata kepada pendeta Yahudi, “Kamu adalah pemuka bangsa Yahudi. Kamu adalah Ahlul Kitab yang pertama. Kemu memiliki ilmu tentang kenabian yang tidak kami miliki. Maka ketahuilah pada kami, apakah pendapat kamu tentang Muhammad?”



Seorang pendeta Yahudi menjawab,”Cubalah kamu tanyakan tiga perkara kepadanya. Tanyakanlah tentang sekumpulan pemuda yang hidup pada zaman dahulu yang mempunyai kisah hidup yang menakjubkan . Lalu, tanyakan kepadanya tetang lelaki gagah perkasa yang mengembara ke timur dan ke barat. Tanyakan juga kepadanya tentang roh,apakah roh itu? Jika dia dapat menjelaskan yang pertama dan kedua, serta tidak menjelaskan yang ketiga, bererti dia benar-benar adalah seorang nabi.


Utusan Quraisy itu pun kembali ke Mekah.apabila sampai, mereka khabarkan ucapan pendeta Yahudi kepada pemuka kaum kafir Quraisy. Kemudian, mereka sama-sama menguji Rasulullah SAW dengan tiga pertanyaan tersebut.

Untuk menjawab tiga soalan tersebut Allah menurunkan surah Al-Kahfi. Dengan surah al-Kahfi itu beliau menjawab tiga pertanyaan dengan tepat.


Soalan pertama dijawabdengan cerita Ashabul Kahfi, sekumpulan anak muda yang memasuki gua kerana melarikan diri dari dikejar raja yang zalim, bengis, lagi kejam. Anak-anak muda itu disertai seekor anjing. Mereka tertidur di dalam gua lebih daripada tiga ratus tahun. Ketika bangun, mereka mendapati negeri mereka telah berubah. Semua orang yang mengetahui kisah mereka berasa takjub. Rasulullah menjelaskan kisah Ashabul Kahfi itu dengan ringkas dan jelas.


Soalan kedua, beliau jawab dengan kisah Zulqarnain. Seorang raja perkasa yang menundukkan ramai raja dan mengelilingi dunia timur dan barat. Sehingga akhirnya, Zulqarnanin bertemu dengan kaum yang memintanya supaya membina tembok pemisah di antara mereka dengan Ya’juj dan Ma’juj agar mereka aman dari kejahatan Ya’juj dan Ma’juj , hingga ke akhir kisah.



Adapun pertanyaan mereka yang ketiga iaitu tentang roh maka Rasulullah SAW telah menjawabnya dengan firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ (17)ayat 85,


‘Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang roh. Katakanlah, roh itu termasuk urusan Tuhanku dan aku tidak diberi ilmu kecuali sedikit.’


Dengan demikian, Rasulullah saw telah menjawab ketiga-tiga pertanyaan itu dengan tepat, kerana beliau mendapat bimbingan terus daripada Allah SWT. Seketika itu, ramai dari kaum kafir Quraisy yang Nabi Muhammad SAW benar-benar seorang nabi utusan Allah, dan ajaran Islam yang beliau bawa benar-benar dating dari Allah. Akan tetapi, walaupun mereka menegetahui hal itu, tetap saja ramai orang kafir yang tidak mahu beriman. Kekafiran mereka tak lain disebabkan rasa sangsi, angkuh dan cinta pada dunia.


taken from a Book: ketika cinta berbuah syurga(karya Habiburrahman El Shirazy)

Comments